JPA Daily Buzz - Edisi 31 2025

m/s 2 Teras 3 pula memberi tumpuan kepada struktur dan fungsi organisasi, perjawatan, proses, dan peraturan dalam organisasi. Ia memastikan organisasi berfungsi dengan cara yang lebih logik, selaras dan berkesan agar pegawai dapat bekerja dengan lebih fokus dan rakyat menerima perkhidmatan yang lebih berkualiti. Sebuah Refleksi: Kenapa Teras 3 Ini Sangat Penting? Beberapa bulan yang lalu, saya hadir dalam sebuah mesyuarat melibatkan pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan. Dalam perbincangan tersebut, seorang matron menyuarakan sesuatu berdasarkan pengalaman berat tugasan beliau: “Kerja awak senang. Salah tulis, boleh buang dan tulis semula. Kerja kami kalau salah, pesakit boleh terjejas.” Saya tidak membalas bukan kerana tiada pendapat, tetapi kerana saya melihat kata-kata itu sebagai gambaran tentang perbezaan perspektif dan beban amanah antara skim-skim dalam perkhidmatan awam. Realitinya, setiap skim datang dengan tekanan, tanggungjawab dan risiko yang berbeza. Namun pengalaman itu membuka satu refleksi penting: Apabila struktur organisasi kurang jelas, peranan bertindih dan tanggungjawab tidak selaras, ia boleh mencetuskan rasa “siapa lebih penting” tanpa sengaja. Dalam teori pengurusan, kita diajar bahawa: Ada individu yang sangat mahir mengurus tetapi kurang mahir atau memahami aspek teknikal. Ada individu yang sangat pakar dalam aspek teknikal tetapi tidak sesuai melaksanakan aspek pengurusan. Kedua-duanya penting tetapi dalam konteks peranan yang berbeza. Inilah asas kepada pembangunan organisasi. Inilah sebabnya Teras 3 begitu penting kepada masa depan perkhidmatan awam. Contohnya, seorang doktor pakar berupaya memberikan hasil dan kualiti kerja yang baik apabila fokus ditumpukan kepada tugas hakiki beliau iaitu merawat pesakit dan bukan dibebankan dengan pengurusan laporan dan mesyuarat operasi. Begitu juga dengan pakar teknikal lain dalam pelbagai skim perkhidmatan yang berbeza . Right person, right role, right outcome. Itulah semangat sebenar Teras 3. Mari Kita Lihat Teras 3 Satu Per Satu Di bawah Teras 3: Pembangunan Organisasi, terdapat tiga komponen utama iaitu: 1. Rasionalisasi dan Penstrukturan Semula Agensi dan Organisasi Ini memastikan organisasi tidak bertindih fungsi, tidak bergerak secara silo dan tidak membebankan pegawai dengan peranan yang tidak selaras dengan Deskripsi Tugas/ Job Description (JD) bagi perjawatan tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy