JPA Daily Buzz - Edisi 31 2025

m/s 1 ARPA Secara Mudah (Teras 3) : Pembangunan Organisasi Edisi 31/ 2025 4 Disember 2025 Kita sudah melangkah ke Disember, bulan terakhir sebelum 2026 mengetuk pintu dan seperti biasa, bila masuk hujung tahun, kita mula melihat semula apa yang telah dibina, diperbaiki dan disusun sepanjang 11 bulan lalu. Dalam semangat “closing the year” ini, satu topik yang sangat relevan ialah Teras 3 dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam iaitu Pembangunan Organisasi . Nama nampak serius… tetapi Teras 3 sebenarnya sangat dekat dengan realiti harian kita. Di sinilah kita melihat bagaimana organisasi diperbaiki, diperkemaskan dan disusun semula supaya kerja lebih jelas, cepat dan responsif. Jika dijelaskan dengan bahasa paling mudah: Teras 3 ialah usaha menjadikan organisasi yang lebih berkesan dari segi peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan terutamanya berkaitan dengan perjawatan dan struktur organisasi bagi mencapai usaha pengoptimuman penggunaan sumber manusia yang akhirnya menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan Kerajaan . Teras 2 banyak menyentuh pembangunan modal insan iaitu orang . Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy