Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Pendahuluan 3 Kewajaran untuk menandaaras tahap keterlibatan pegawai PBT adalah berlandaskan hasil kajian separuh penggal RMKe-11, (2018-2020) di bawah Keutamaan dan Penekanan Baharu, yang melibatkan Tonggak 1: Mereformasi Tadbir Urus ke arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam. Ia memberi fokus kepada penambahbaikan tadbir urus serta mendukung akauntabiliti dan ketulusan dalam pentadbiran kerajaan. Ia dibahagikan kepada 4 bidang keutamaan, namun kajian ini memfokuskan kepada Bidang Keutamaan D: Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan Awam iaitu Strategi 3: Memperkasa PBT. Keterlibatan pekerja ditakrifkan sebagai sejauh mana pekerja berasa bersemangat terhadap tugas mereka, komited terhadap organisasi, bermotivasi dan dedikasi dalam pekerjaan mereka. Pekerja yang mempunyai tahap keterlibatan yang tinggi akan menunjukkan komitmen terhadap tugas yang menjadikan mereka lebih bersemangat dalam melaksanakan pekerjaan, tanpa dipengaruhi oleh faktor gaji dan kemudahan. Sejajar dengan pernyataan di atas, kepentingan kajian ini adalah untuk melihat keterlibatan pegawai PBT yang memberi kesan terhadap kepuasan, komitmen dan prestasi pegawai itu sendiri. Secara tidak langsung, ia memberi impak kepada pencapaian organisasi. Malah, hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan oleh pihak organisasi dalammerencana program dan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap keterlibatan pegawai di organisasi masing- masing. Mereformasi Tadbir Urus ke arah Meningkatkan Ketelusan dan Kecekapan Perkhidmatan Awam. TONGGAK 1 Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam. BIDANG KEUTAMAAN D Memperkasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). STRATEGI D3 Sasaran IKP 2019 > 72% Rajah 1.1: Punca Kuasa Indeks Keterlibatan Pegawai diukur di ketiga-tiga kategori PBT iaitu, Dewan/Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Kategori PBT dibangunkan berasaskan beberapa kriteria yang dinyatakan pada Rajah 1.2. Sehingga Oktober 2019, terdapat 150 PBT yang telah diwujudkan secara terancang dan strategik mengikut daerah di setiap negeri berdasarkan Rajah 1.3.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy