Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

50 Sehubungan itu, berikut merupakan syor dan cadangan berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperolehi iaitu: (i) Mengadakan sesi perkongsian oleh PBT yang mempunyai IKP yang tinggi di tempat dan masa yang ditentukan oleh mereka dengan menjemput PBT yang mempunyai IKP yang rendah. Tujuan sesi ini adalah bagi perkongsian best practices, idea, pandangan dan galakan dalam membantu meningkatkan keterlibatan pegawai di PBT yang mempunyai IKP yang rendah. Sesi ini akan dihadiri oleh pihak pengurusan di PBT dan kekerapannya bergantung kepada kesediaan PBT yang terlibat. Sebaik sahaja setiap sesi perkongsian selesai diadakan, laporan lengkap disediakan oleh PBT yang terlibat. Laporan ini boleh dikemukakan kepada KPKT/JKT/SUK/JPA sebagai usaha untuk mengenalpasti inisiatif penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan tahap keterlibatan pegawai di PBT. Sesi perkongsian ini tidak terhad kepada PBT yang mempunyai indeks tertinggi dan terendah sahaja, malah, PBT yang lain boleh menyertai sesi ini yang dirasakan perlu bagi meningkatkan tahap keterlibatan pegawai di PBT masing-masing; dan (ii) Melaksanakan pemantauan berkaitan inisiatif penambahbaikan oleh KPKT/JKT/SUK/JPA ke atas program-program di peringkat PBT berdasarkan laporan sesi perkongsian yang telah dilaksanakan dalam usaha meningkatkan keterlibatan pegawai di PBT. Inisiatif penambahbaikan ini merangkumi lima elemen utama indeks keterlibatan pegawai iaitu keterikatan, inspirasi, motivasi, kebanggaan dan perakuan. Elemen-elemen penambahbaikan ini boleh dilihat berdasarkan kepada program-program yang akan dilaksanakan oleh PBT.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy