Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Rumusan 49 Usaha Pembaharuan dalam kajian ini membawa maksud kesedaran dan kepercayaan warga PBT ke atas semua program dan inisiatif yang dijalankan. Oleh itu, ketua jabatan wajar memberi keutamaan kepada pelan komunikasi warga PBT dalam melaksanakan sebarang usaha pembaharuan. Sumber dan Beban Kerja pula merupakan faktor yang mempunyai hubungan kedua terbesar dengan IKP. Ini menunjukkan bahawa pegawai memahami objektif kerja yang dilaksanakan dengan jelas serta apa yang diharapkan kepada mereka untuk mempunyai kemahiran yang diperlukan. Pegawai juga merasakan fasiliti yang disediakan adalah mencukupi untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Manakala Penilaian Keupayaan mempunyai hubungan ketiga terbesar dengan IKP. Ia bermaksud kepercayaan pegawai terhadap keupayaan PBT menguruskan program dan aktiviti berkaitan masyarakat. Secara keseluruhan, pegawai PBT berpandangan bahawa organisasi mereka berupaya memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan tugas seperti merancang dan melaksana dengan baik serta memberi perkhidmatan dengan tulus serta berintegriti. Faktor Gaji dan Kemudahan mencatatkan skor terendah. Ia menunjukkan bahawa pegawai PBT paling kurang berpuas hati dengan faktor ini. Walau bagaimanapun faktor ini tidak perlu dijadikan tumpuan kerana ia merupakan faktor yang mempunyai hubungan paling rendah dengan IKP. Peningkatan dalam aspek Gaji dan Kemudahan tidak semestinya membawa kepada pemantapan tahap keterlibatan pegawai. Rantaian Kehadapan PBT tidak terkecuali berperanan dalam memenuhi keperluan pembangunan kepada rakyat. Tugas PBT sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah termasuk aktiviti pencegahan, kesihatan awam, melaksanakan perkhidmatan pembangunan dan melaksanakan semua perkhidmatan sosial. Di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) pula, PBT juga berperanan sebagai pihak berkuasa merancang dan memajukan kawasan pentadbirannya dalam konteks pembangunan nasional. Dalam melaksanakan peranan PBT, hala tuju kajian ini menyediakan satu indikator alternatif kepada KPKT, JKT dan PBT. Indikator untuk menilai tahap keterlibatan pegawai PBT dan secara tidak langsung dapat memberi impak kepada perkhidmatan pembangunan yang dilaksanakan. Selain daripada tahap keterlibatan, ia juga memberi perspektif pegawai PBT terhadap pemimpin dan semua elemen lain yang mempengaruhi tahap keterlibatan pegawai PBT. IKP PBT juga boleh bertindak sebagai indikator penimbal balik bagi indikator-indikator lain seperti System Star Rating (SSR), Sistem Audit Nilai, Indeks Akauntabiliti dan MurniNets.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy