Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 - Perbandingan Indeks Keterlibatan Pegawai PBT 2017 dan 2019 45 Perbandingan Analisis Kekuatan Hubungan antara Keseluruhan Faktor dan IKP Perbandingan faktor yang mempunyai hubungan dengan IKP bagi tahun 2017 dan 2019 berdasarkan Jadual 6.3. Ia menunjukkan pada tahun 2019, faktor Usaha Pembaharuan mempunyai hubungan yang paling besar dengan IKP di mana ia turut mencatatkan peningkatan nilai hubungan yang paling besar sebanyak 0.12 iaitu daripada 0.69 (2017) kepada 0.81 (2019) dan juga peningkatan kedudukan daripada keenam (2017) ke tempat pertama (2019). Seterusnya, faktor Sumber dan Beban Kerja serta kedua-dua faktor Ketua Saya Pengurus Perubahan menunjukkan perubahan ke kedudukan yang lebih rendah berbanding tahun 2017. Pada tahun 2017, faktor Sumber dan Beban Kerja berada pada kedudukan pertama, manakala faktor Ketua Saya Pengurus Perubahan berada pada kedudukan ke enam. Bagi faktor lain, ia berada pada kedudukan yang sama bagi tahun 2017 dan 2019. Motivasi Inspirasi Keterikatan Perakuan Kebanggaan 73.3 79.1 73.7 79.4 73.1 78.8 75.2 80.4 74.9 80.2 0 20 40 60 80 100 Skor (%) Jadual 6.3: Perbandingan Faktor yang Mempengaruhi IKP bagi Tahun 2017 dan 2019 Faktor Nilai Korelasi ( r ) Perbezaan (A - B) 2019 (A) 2017 (B) Usaha Pembaharuan 0.81 0.69 0.12 Penilaian Keupayaan 0.78 0.74 0.04 Sumber dan Beban Kerja 0.78 0.78 0 Keterangkuman dan Layanan Adil 0.74 0.73 0.01 Pembelajaran dan Pembangunan 0.73 0.72 0.01 Ketua Saya Pengurus Perubahan (Ketua Jabatan) 0.73 0.73 0 Ketua Saya Pengurus Perubahan (Penyelia) 0.72 0.73 -0.01 Pasukan Saya 0.66 0.63 0.03 Hala Tuju dan Objektif Organisasi 0.66 0.62 0.04 Pekerjaan Saya 0.64 0.62 0.02 Gaji dan Kemudahan 0.57 0.59 -0.02 Rajah 6.2: Perbandingan Skor Elemen IKP bagi Tahun 2017 dan 2019

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy