Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

36 Bagi menangani cabaran dalaman dan luaran, perkhidmatan awam perlu melihat semula peranan, strategi, program dan aktiviti sedia ada agar bersesuaian dengan keperluan semasa. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Transformasi Negara (DTN) yang telah dilancarkan pada tahun 2010 sebagai merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Dalam kajian ini, faktor Usaha Pembaharuan dinilai untuk melihat kefahaman dan pandangan pegawai sama ada usaha yang dirancang oleh PBT meningkatkan keterlibatan mereka dan perkembangan organisasi. Hasil kajian mendapati faktor ini mempunyai hubungan yang terbesar dengan IKP berbanding faktor-faktor yang lain dengan nilai r = 0.81 dan nilai skor secara keseluruhan bagi faktor ini adalah 78.6%. Rajah 5.1 menunjukkan tiga soalan iaitu soalan pertama, ketiga dan keempat mempunyai skor yang sama sebanyak 78.8%, dan soalan dua memperoleh skor sebanyak 78%. Nilai-nilai skor terbabit menunjukkan bahawa pegawai bersetuju Usaha Pembaharuan yang dijalankan di PBT mampu meningkatkan tahap keterlibatan mereka dalam menjalankan tugas. Sejajar dengan peningkatan tahap keterlibatan pegawai, ia dapat memacu perkembangan organisasi mereka ke tahap lebih positif. 78.8 78 78.8 78.8 0 20 40 60 80 100 1 2 3 4 Skor (%) Rajah 5.1: Analisis Faktor Usaha Pembaharuan Usaha Pembaharuan Perkhidmatan Awam adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme bagi mempromosikan penyampaian yang lebih baik dengan peningkatan akauntabiliti.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy