Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

32 Pembelajaran dan Pembangunan Faktor Pembelajaran dan Pembangunan mencatatkan hubungan yang besar dengan IKP ( r = 0.73) dengan skor purata sebanyak 77.2%. Faktor ini merujuk kepada akses dan kualiti peluang pembelajaran dan pembangunan. Keempat-empat soalan mempunyai skor melebihi 70%. Pegawai-pegawai merasakan bahawa dalam aspek latihan, pembelajaran dan pembangunan membantu dalam meningkatkan prestasi dan pembangunan kerjaya. Namun, peluang untuk mengembangkan kerjaya pegawai dalam organisasi perlu ditingkatkan. Keterangkuman dan Layanan Adil Faktor Keterangkuman dan Layanan Adil merujuk kepada perasaan dihargai dan dihormati. Faktor ini mencatatkan hubungan yang besar dengan IKP ( r = 0.74) serta mempunyai skor purata sebanyak 78.3%. Soalan kedua mencatatkan skor tertinggi sebanyak 79.6% diikuti oleh soalan keempat (78.4%). Ini menunjukkan bahawa pegawai merasakan dirinya dilayan secara hormat oleh rakan sekerja. Malah, organisasi turut menghormati perbezaan budaya, gaya kerja, latar belakang, idea- idea dan lain-lain. Sumber dan Beban Kerja Bagi faktor Sumber dan Beban Kerja, ianya mengukur persepsi kerja pegawai yang merangkumi objektif, sumber yang disediakan oleh organisasi serta beban kerja mereka. Skor purata bagi faktor ini ialah 79.1% dan mempunyai hubungan kedua terbesar dengan IKP dengan nilai r = 0.78. Kesemua soalan mencatatkan skor yang tinggi iaitu melebihi 70%. Skor tertinggi sebanyak 80.4% dicatatkan oleh soalan keempat yang mengukur persepsi pegawai terhadap kemahiran yang ada pada diri mereka bagi melaksanakan kerja secara berkesan. Soalan keenammemperoleh skor terendah berbanding enam soalan yang lain dengan skor sebanyak 77%. Gaji dan Kemudahan Faktor Gaji dan Kemudahan mencatatkan nilai hubungan r = 0.57 dengan IKP dan mempunyai hubungan terendah berbanding faktor yang lain. Faktor ini mengukur persepsi umum pegawai tentang gaji dan kemudahan yang diterima. Nilai skor purata pula ialah 75.1%. Skor yang diperoleh oleh setiap soalan di mana soalan pertama dan kedua mencatatkan skor yang sama iaitu 75.4%. Ini menunjukkan bahawa pegawai merasakan gaji atau imbuhan yang diterima adalah bersesuaian dengan prestasi mereka serta berpuas hati dengan ganjaran yang ditawarkan. Penilaian Keupayaan Faktor Penilaian Keupayaan mengukur persepsi pegawai terhadap keupayaan organisasi mereka menguruskan hal berkaitan masyarakat, organisasi dan pemantauan. Skor purata bagi faktor ini ialah 79.3% dan mempunyai hubungan yang besar dengan IKP ( r = 0.78).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy