Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Pemacu Keterlibatan Pegawai PBT 31 Diperhatikan bahawa kesemua soalan mencatat skor melebihi 70%. Ini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai memiliki kefahaman yang jelas mengenai hala tuju dan objektif organisasi serta merasakan bahawa tugas yang telah dilaksanakan mampu merealisasikan objektif yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kefahaman yang jelas dalam aspek ini menjurus kepada pelaksanaan tugas yang mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi. Secara tidak langsung, produktiviti berkait rapat dengan kepuasan hati dan ini menyumbang kepada peningkatan tahap keterlibatan pegawai terhadap organisasi. Ketua Saya dan Pengurusan Perubahan – Penyelia Faktor Ketua Saya dan Pengurusan Perubahan – Penyelia merujuk kepada hubungan pegawai dengan penyelianya dan skor keseluruhan adalah sebanyak 77.9%. Faktor ini mempunyai hubungan yang besar dengan IKP ( r = 0.72). Skor bagi 10 soalan di bawah faktor ini melebihi 70%dan ini menunjukkan bahawa kepimpinan (penyelia) diterima baik oleh pegawai PBT. Skor tertinggi sebanyak 79.2% dicatatkan oleh soalan pertama bagi faktor ini yang berkaitan dengan motivasi yang diberikan oleh penyelia kepada pegawai untuk menjalankan tugas mereka. Ketua Saya dan Pengurusan Perubahan – Ketua Jabatan Pada faktor Ketua Saya dan Pengurusan Perubahan – Ketua Jabatan, ia menerangkan tentang hubungan antara pegawai dengan ketua jabatannya serta keupayaan organisasi menguruskan perubahan dengan efektif. Secara keseluruhan, nilai skor keseluruhan ialah 76.9% dan mempunyai hubungan yang besar dengan IKP iaitu r = 0.73. Dilihat bahawa keseluruhan soalan mencatatkan skor melebihi 70% dan ini bermaksud bahawa kepimpinan (ketua jabatan) dalam PBT diterima baik oleh pegawai. Berdasarkan skor tertinggi 78.4% bagi soalan kedua faktor ini, ia menunjukkan pegawai bersetuju setiap perubahan yang dilakukan di organisasi mereka adalah untuk membawa kebaikan. Pasukan Saya Faktor Pasukan Saya mencatatkan hubungan yang besar dengan IKP iaitu sebanyak r = 0.66 dan ia merujuk kepada hubungan pegawai dan rakan sekerja yang mempengaruhi keterlibatan di tempat kerja. Skor secara purata bagi faktor ialah sebanyak 81%. Kesemua soalan mencatatkan skor melebihi 70% dan ini menunjukkan bahawa para pegawai sangat berpuas hati dengan pasukan kerja di tempat mereka bertugas. Mereka berpandangan setiap ahli pasukan boleh dipercayai untuk menyelesaikan setiap satu kesukaran dalam menjalankan tugas. Di samping bekerjasama menyelesaikan sebarang masalah, pasukan kerja didapati sepakat untuk membangunkan cara kerja yang baru demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sedia ada selama ini. Semua aspek ini menyumbang kepada keterlibatan pegawai di tempat kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy