Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Pemacu Keterlibatan Pegawai PBT 29 Analisis Kekuatan Perhubungan antara Keseluruhan Faktor dan IKP Kekuatan dan arah (positif atau negatif) hubungan antara faktor dengan IKP diukur melalui analisis korelasi Pearson Product Moment. Rajah 4.4 menunjukkan analisis secara keseluruhan nilai kekuatan hubungan antara faktor dan IKP. IKP mempunyai hubungan yang paling besar dengan faktor Usaha Pembaharuan ( r = 0.81), diikuti dengan Sumber dan Beban Kerja ( r = 0 .78) dan Penilaian Keupayaan ( r = 0.78). Manakala IKP mempunyai hubungan yang paling rendah dengan Gaji dan Kemudahan ( r = 0.57). A. Analisis Kekuatan Hubungan Berdasarkan Demografi antara Keseluruhan Faktor dan IKP Jadual 4.2 menunjukkan hasil analisis korelasi Pearson Product Moment antara keseluruhan faktor dan IKP berdasarkan Oleh yang demikian, pihak organisasi perlu memberikan perhatian kepada faktor Usaha Pembaharuan kerana faktor tersebut merupakan faktor yang paling signifikan untuk meningkatkan tahap keterlibatan pegawai PBT. Faktor lain yang boleh diberi perhatian ialah Sumber dan Beban Kerja serta Penilaian Keupayaan. Manakala faktor Gaji dan Kemudahan tidak perlu diberikan perhatian yang utama kerana ia merupakan faktor yang paling kurang menyumbang dan memberi kesan kepada tahap keterlibatan pegawai PBT. Kekuatan hubungan secara keseluruhan antara 11 skor faktor dengan IKP berdasarkan kategori PBT seperti di Lampiran H. kategori demografi status perkahwinan, jantina, umur dan kumpulan perkhidmatan. Dapatan menunjukkan bahawa bagi semua kategori demografi, faktor yang mempunyai hubungan signifikan paling tinggi dengan IKP ialah Usaha Pembaharuan. Rajah 4.4: Susunan Kekuatan Hubungan Antara Faktor dan IKP Usaha Pembaharuan ( r = .81) Penilaian Keupayaan ( r = .78) Sumber dan Beban Kerja ( r = .78) Keterangkumam dan Layanan Adil ( r = .74) Pembelajaran dan Pembangunan ( r = .73) Ketua Saya Pengurus Perubahan (Ketua Jabatan) ( r = .73) Ketua Saya Pengurus Perubahan (Penyelia) ( r = .72) Pasukan Saya ( r = .66) Hala Tuju dan Objektif Organisasi ( r = .66) Pekerjaan Saya ( r = .64) Gaji dan Kemudahan ( r = .57)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy