Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Pemacu Keterlibatan Pegawai PBT 27 Hasil analisis berdasarkan Rajah 4.2 menunjukkan bahawa faktor Pasukan Saya dan Hala Tuju dan Objektif Organisasi mencatatkan skor tertinggi berbanding faktor yang lain dengan skor sebanyak 81%. Faktor yang Mempunyai Skor Tertinggi Berdasarkan Demografi A. Status Perkahwinan Rajah 4.3 menunjukkan skor tertinggi bagi status perkahwinan. Faktor Hala Tuju dan Objektif Organisasi mencatatkan skor tertinggi bagi kumpulan berkahwin (81.1%), janda (81%) dan duda (79.4%). Manakala bagi kumpulan bujang, faktor Pasukan Saya merupakan faktor yang mempunyai skor tertinggi (80.8%). Jadual secara keseluruhan analisis skor bagi setiap faktor bagi kategori status perkahwinan adalah seperti di Lampiran D. Manakala dua faktor mencatatkan skor terendah ialah Gaji dan Kemudahan (75.1%) dan Ketua Saya Pengurus Perubahan – Ketua Jabatan (76.9%). B. Kumpulan Perkhidmatan Rajah 4.3 menunjukkan skor tertinggi bagi kumpulan perkhidmatan yang diklasifikasikan kepada empat kategori. Faktor Hala Tuju dan Objektif Organisasi merupakan faktor yang mencatatkan skor tertinggi bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional dan Pelaksana 1 (Gred 29 hingga Gred 40). Manakala Pasukan Saya merupakan faktor pilihan bagi kumpulan Pelaksana 2 (Gred 1 hingga Gred 28) dengan skor sebanyak 80.5%. Jadual secara keseluruhan analisis skor bagi setiap faktor bagi kategori kumpulan perkhidmatan adalah seperti di Lampiran E. 80.3 81 77.9 76.9 81 77.2 78.3 79.1 75.1 79.3 78.6 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Skor (%) Rajah 4.2: Skor Setiap Faktor

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy