Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

26 Faktor Kajian IKP PBT Kajian ini dijalankan untuk mengesan faktor yang menjadi pemacu kepada keterlibatan pegawai PBT. Oleh itu, analisis hubungan antara 11 faktor kajian ini dengan IKP dijalankan bagi memenuhi objektif di atas. Selain itu, analisis deskriptif turut dijalankan bagi melihat purata skor bagi setiap faktor. Skor yang tinggi menunjukkan responden mempunyai pandangan yang positif serta berpuas hati dengan faktor tersebut. Manakala skor yang rendah menunjukkan ketidakpuasan hati responden terhadap faktor tersebut. Rajah 4.1: Sebelas Faktor Kajian HALA TUJU DAN OBJEKTIF ORGANISASI Memahami peranan/ fungsi organisasi. GAJI DAN KEMUDAHAN Persepsi dan perbandingan umum tentang gaji dan kemudahan. PASUKAN SAYA Hubungan pekerja dan rakan sekerja. PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN Akses dan kualiti peluang pembelajaran dan pembangunan. KETUA SAYA PENGURUS PERUBAHAN (PENYELIA) Hubungan pekerja dan penyelianya. KETUA SAYA PENGURUS PERUBAHAN (KETUA JABATAN ) Hubungan pekerja dan ketua jabatannya. SUMBER DAN BEBAN KERJA Mempunyai peralatan dan masa untuk melakukan tugas. PEKERJAAN SAYA Pengalaman kerja seharian. PENILAIAN KEUPAYAAN Pandangan pegawai PBT terhadap keupayaan organisasi mereka. KETERANGKUMAN DAN LAYANAN ADIL Perasaan dihargai dan dihormati. USAHA PEMBAHARUAN Kefahaman dan pandangan sama ada usaha yang dirancang oleh PBT meningkatkan keterlibatan mereka dan perkembangan organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy