Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Indeks Keterlibatan Pihak Berkuasa Tempatan 21 IKP Mengikut Kaum Nilai IKP responden tertinggi dicatatkan oleh kaum India dengan nilai IKP 81.4% (1,857 orang) diikuti oleh Bumiputera Sabah (80.9%, 760 orang). Nilai IKP bagi kaum Melayu ialah 79.5% (26,351 orang) diikuti oleh lain-lain kaum dengan nilai IKP sebanyak 78.9% (426 orang). Kaum Cina mencatatkan nilai IKP terendah sebanyak 76.3% (396 orang) disusuli Bumiputera Sarawak (77.9%, 639 orang). Rajah 3.5: IKP Berdasarkan Kategori Kaum IKP Mengikut Kategori OKU Rajah 3.6 menunjukkan nilai IKP mengikut kategori OKU di PBT dimana jumlah golongan bukan OKU adalah seramai 29,830 orang dengan nilai IKP 79.6% manakala golongan OKU menunjukkan nilai IKP sebanyak 79.3% (599 orang). Rajah 3.6: IKP Berdasarkan Kategori OKU IKP Mengikut Kumpulan Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional mempunyai nilai IKP tertinggi berbanding tiga kumpulan yang lain dengan nilai sebanyak 81.7%, manakala nilai IKP bagi Kumpulan Pelaksana 1 (Gred 29 hingga Gred 40) adalah 79.6% dan Kumpulan Pelaksana 2 (Gred 1 hingga Gred 28) adalah 79.5%. Kumpulan Pengurusan Tertinggi memperoleh nilai IKP terendah (77.9%). Rajah 3.7: IKP Berdasarkan Kumpulan Perkhidmatan IKP Mengikut Status Perkhidmatan Rajah 3.8 menunjukkan nilai IKP mengikut status perkhidmatan. Status perkhidmatan kontrak mempunyai nilai IKP tertinggi iaitu 79.6% seramai 5,690 orang responden diikuti oleh perkhidmatan sambilan 79% (670 orang). Status perkhidmatan tetap dan pinjaman mempunyai nilai IKP terendah iaitu masing-masing 78.3% (23,917 orang) dan 78% (152 orang). Bumiputera Sabah (80.9%) Melayu (79.5%) Cina (76.3%) India (81.4%) Bumiputera Sarawak (77.9%) Lain-lain (78.9%) Golongan Bukan OKU 79.6% Golongan OKU 79.3% 77.9% Pengurusan Tertinggi Pengurusan & Profesional 81.7% Pelaksana 1 (Gred 29 - 40) 79.6% 79.5% Pelaksana 2 (Gred 1 - 28)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy