Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

12 Klasifikasi Perkhidmatan Kumpulan perkhidmatan H (Kemahiran) dalam PBT mencatatkan jumlah peratusan yang paling tinggi iaitu 32.7% (9,950 orang). Kumpulan ini terlibat dalam kerja penyelenggaraan iaitu kemahiran dan teknikal yang dilihat memainkan peranan penting dalam menjalankan fungsi PBT seperti operator loji, pemandu kenderaan, pemandu atau operator jentera pemunggah, pembantu awam da n pembantu kemahiran. Majlis Bandaraya Ipoh adalah di antara PBT yang mencatatkan klasifikasi perkhidmatan H yang tinggi iaitu sebanyak 845 orang responden. Responden yang terdapat dalam kumpulan perkhidmatan N (Pentadbiran dan Sokongan) pula mencatatkan jumlah peratusan 23.7% (7,212 orang). Majlis Bandaraya Johor Bahru adalah di antara PBT yang mencatatkan responden tertinggi dalam perkhidmatan N iaitu 280 orang responden daripada 924 orang di dalam organisasi tersebut. Kumpulan ini dapat memberi khidmat pentadbiran dan sokongan kepada lain-lain perkhidmatan supaya perkhidmatan yang disokong itu dapat berperanan dengan berkesan Rajah 2.2: Analisis Demografi (Peratus) Berdasarkan Klasifikasi Perkhidmatan 3.2 4.7 8.3 2 0.1 1 0.5 32.7 7.2 6.3 0.5 0.1 23.7 0.2 0.1 0.6 2.5 6.3 A B C D E F G H J K L M N P Q S U W Jumlah Responden (%) Klasifikasi Perkhidmatan Pengangkutan (A) Kemahiran (H) Penyelidikan dan Pembangunan (Q) Bakat dan Seni (B) Kejuruteraan (J) Sosial (S) Sains (C) Keselamatan dan Pertahanan Awam (K) Perubatan dan Kesihatan (U) Pendidikan (D) Perundangan dan Kehakiman (L) Kewangan (W) Ekonomi (E) Tadbir dan Diplomatik (M) Sistem Maklumat (F) Pentadbiran dan Sokongan (N) Pertanian (G) Pencegahan (P)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy