Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

10 Analisa demografi dilakukan ke atas maklumat berkaitan latar belakang responden melibatkan sejumlah 30,429 data secara keseluruhan. Jantina Bilangan responden lelaki yang menjawab soal selidik IKP lebih ramai berbanding responden perempuan. Sebanyak 66.4% responden adalah lelaki (20,191 orang) dan 33.6% responden adalah perempuan (10,238 orang). Majlis Perbandaran menunjukkan bilangan responden lelaki tertinggi iaitu seramai 10,401 orang berbanding Majlis Bandaraya (5,249 orang) dan Majlis Daerah (4,541 orang). Status Perkahwinan Bilangan responden yang sudah berkahwin ialah seramai 24,566 orang bersamaan 80.8% manakala bilangan responden yang masih bujang pula seramai 16.6% (5,056 orang). Seramai 1.0% (316 orang) responden ialah duda manakala 1.6% (491 orang) ialah janda. Majoriti responden yang bekerja bersama PBT adalah mereka yang sudah berkahwin. Orang Kurang Upaya (OKU) Kadar responden OKU pula adalah sebanyak 2% iaitu 609 daripada keseluruhan 30,429 responden yang berkhidmat di PBT. Majlis Bandaraya Seberang Perai mempunyai bilangan OKU seramai 29 orang daripada 1,686 orang kakitangan manakala di Majlis Bandaraya Ipoh pula terdapat seramai 17 orang kakitangan OKU. Kedua-dua PBT tersebut adalah di antara PBT yang tinggi bilangan pengambilan pekerja OKU di dalam organisasi mereka. Kaum Majoriti responden adalah kaum Melayu iaitu sebanyak 86.6% (26,351 orang) dan diikuti dengan kaum India iaitu sebanyak 6.1% (1,857 orang). Manakala responden bagi kaum Cina ialah 1.3% (396 orang), Bumiputera Sarawak pula adalah 2.1% (639 orang), responden Bumiputera Sabah adalah 2.5% (760 orang) dan bagi lain-lain kaum 1.4% (426 orang). Umur Majoriti umur responden yang berkhidmat di PBT adalah dalam lingkungan umur di antara 31 - 35 tahun iaitu seramai 6,512 orang (21.4%). Seterusnya, bilangan responden yang berumur di antara 36-40 tahun adalah seramai 5,569 orang (18.3%). Seterusnya bilangan responden yang berumur di antara 26-30 tahun adalah seramai 4,899 orang (16.1%). Kumpulan Perkhidmatan Bilangan responden tertinggi direkodkan oleh Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana 2 (Gred 1 hingga Gred 28) iaitu 78.5% (23,887 orang) diikuti oleh Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana 1 (Gred 29 hingga Gred 40) iaitu 16.1% (4,899 orang). Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P) pula ialah sebanyak 4.5% (1,369 orang) manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 0.9% (274 orang).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy