Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

IKP PBT 2019 – Pendahuluan 7 F. Edaran Soal Selidik Kaedah edaran soal selidik dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan Sistem Lime Survey Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kaedah ini digunakan kerana ia dapat mencapai kadar respon yang lebih tinggi dan menjimatkan kos. Oleh kerana PBT merupakan organisasi di bawah Kerajaan Negeri, JPA telah mengemukakan surat rasmi kepada setiap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri untuk memaklumkan pelaksanaan kajian ini. Di samping itu, taklimat dan perbincangan telah diadakan dengan KPKT bagi memastikan penglibatan PBT sepenuhnya. JPA turut mengadakan perbincangan dan taklimat kepada pegawai yang mewakili 150 PBT masing-masing mengikut zon (Lampiran C). Usaha ini adalah bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada pegawai PBT agar urusan pemakluman dan panduan mengisi soal selidik yang lengkap dapat difahami oleh semua warga PBT. KEBANGGAAN Seorang pekerja yang engaged akan merasakan dirinya sebahagian daripada organisasi dan rasa terlibat dengannya. PERAKUAN Seorang pekerja yang engaged akan memperakukan organisasinya dan cara ia berfungsi. KETERIKATAN Seorang pekerja yang engaged akan mempunyai satu perasaan emosi yang kuat dan hubungan erat dengan organisasinya. INSPIRASI Seorang pekerja yang engaged akan menyumbang yang terbaik; adalah penting organisasi memainkan peranan memberi inspirasi terhadap ini. MOTIVASI Seorang pekerja yang engaged akan komited terhadap memastikan organisasinya berjaya. Elemen IKP dan Rasional

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy