Indeks Keterlibatan Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan 2019

4 1 15 12 7 11 15 12 1 4 8 25 26 11 2 Rajah 1.3: Kedudukan Bilangan PBT Mengikut Negeri di Malaysia Penyataan Masalah Kajian yang dijalankan oleh Komal dan Tahir (2007) serta Sattar, Ahmad dan Hassan (2015) menunjukkan bahawa keterlibatan pekerja mempunyai kesan terhadap kepuasan dan prestasi pekerja itu sendiri. PBT adalah satu badan yang diwujudkan dalam sektor awamMalaysia di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walaupun PBT menjana pentadbiran di peringkat terendah dalam pentadbiran kerajaan, namun fungsinya adalah untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat melalui perkhidmatan yang pelbagai termasuk perumahan, perkhidmatan asas kebersihan, merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur bagi kemudahan awam. Manakala bidang tugas Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) khususnya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) amnya adalah untuk menyelaras PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, penyampaian khidmat nasihat serta penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Majlis Bandaraya/ Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah PBT 15 buah 39 buah 96 buah Jumlah Penduduk Melebihi 500,000 Melebihi 150,000 Kurang 150,000 Hasil Tahunan Melebihi RM 100 juta Melebihi RM 20 juta Kurang RM 20 juta Rajah 1.2: Kategori PBT Kategori Kriteria

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy