Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

89 iii. Mengikut Lokasi Pegawai Bertugas 4.62. Dapatan kajian mengikut lokasi menunjukkan pencapaian nilai skor positif tertinggi didahului oleh tema Pekerjaan Saya diikuti dengan tema Sumber Beban Kerja dan diakhiri tema Pembelajaran. Trend pencapaian ini kekal untuk tempoh dua tahun penilaian. 10 negeri mencatatkan peningkatan nilai skor positif berbanding tahun 2015 didahului oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sementara itu, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan pencapaian melebihi 80% bagi ketiga-tiga tema untuk tempoh penilaian dua tahun berturut-turut. Prestasi pencapaian mengikut lokasi pegawai bertugas pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Pembangunan Kerjaya adalah seperti di Rajah 4.31 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy