Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

85 d. Analisis Mengikut Kumpulan i. Mengikut Kementerian 4.58. Dapatan kajian mengikut kementerian mendapati 16 kementerian menunjukkan peningkatan nilai skor positif berbanding tahun 2015. Peningkatan tertinggi bagi tema Sumber Beban Kerja ialah KLN. Bagi tema Pekerjaan Saya pula, diterajui oleh KWP dan tema Pembelajaran oleh KKR. Sementara itu, lima kementerian menunjukkan penurunan berbanding tahun 2015. Penurunan tertinggi bagi tema Sumber Beban Kerja dan Pekerjaan Saya ialah KPDNKK. Manakala bagi tema Pembelajaran didahului oleh MOT. 4.59. Tema Pembelajaran mencatatkan nilai skor positif terendah bagi kedua-dua tempoh penilaian dengan purata skor 73.9% pada tahun 2018 dan 71.2% pada tahun 2015. Prestasi pencapaian kementerian pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Pembangunan Kerjaya adalah seperti di Rajah 4.29 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy