Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

83 c. Pembelajaran 4.56. Tema Pembelajaran merujuk kepada persepsi pegawai awam mengenai akses dan peluang pembelajaran dan pembangunan. Tema ini mencatatkan hubungan sederhana dengan IKPA 2018 (0.59), penurunan sebanyak 0.02 berbanding tahun 2015. Sebanyak empat soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Saya berpeluang mendapatkan latihan dan pembangunan yang bersesuaian bila saya perlukannya; 2. Aktiviti pembelajaran dan pembangunan yang telah saya laksanakan dalam tempoh 12 bulan yang lalu telah membantu meningkatkan prestasi saya; 3. Terdapat peluang bagi saya untuk mengembangkan kerjaya saya di organisasi saya; dan 4. Aktiviti pembelajaran dan pembangunan yang telah saya laksanakan semasa bekerja untuk organisasi saya telah membantu pembangunan kerjaya saya. 4.57. Rajah 4.28 menunjukkan perbandingan pencapaian nilai skor positif tahun 2018 dan 2015 bagi tema Pembelajaran. Peratusan skor positif bagi kesemua soalan merekodkan peningkatan dengan julat antara 2.1% hingga 3.5%. Peningkatan positif ini menunjukkan bahawa pegawai mula berpuas hati dengan dasar-dasar latihan yang diperkenalkan serta peluang kemajuan kerjaya yang disediakan oleh Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy