Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

1 LATAR BELAKANG 1.1 Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan bertitik tolak daripada Laporan Gallup oleh Steve Crabtree, 2013 yang menyatakan bahawa keterlibatan penjawat awam di Malaysia hanya sekadar 11%. Pada tahun 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) telah melaksanakan Kajian IKPA Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi mengesahkan dapatan tersebut. 1.2 Kajian ini dijalankan berdasarkan amalan terbaik yang terdapat di beberapa buah negara maju seperti United Kingdom ( Civil Service People Survey ), Australia ( State of Agency Survey ), Kanada ( Public Service Employee Survey ), United States of America ( GSA Employee Viewpoint Survey ), Singapura ( Employee Engagement Survey ), dan India ( Civil Services Survey ). 1.3 Kajian IKPA diteruskan pada tahun 2018 dengan menggunakan peruntukan Unit Perancang Ekonomi (EPU). Kajian ini melibatkan pegawai awam dari 25 buah kementerian yang merangkumi 220 jabatan dan agensi. Kajian ini penting kerana ia mendokong usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Bidang Keutamaan D: Memperkukuh Penyampaian Perkhidmatan Awam, Tonggak 1 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. BAB 1 PENGENALAN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy