Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

81 b. Pekerjaan Saya 4.55. Tema Pekerjaan Saya merujuk kepada pengalaman kerja seharian pegawai daripada aspek cabaran dan mendapat kepuasan peribadi terhadap pekerjaan. Tema ini mencatatkan hubungan sederhana dengan IKPA 2018 (0.55), penurunan sebanyak 0.06 berbanding tahun 2015. Sebanyak lima soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Saya menyukai pekerjaan saya; 2. Saya merasai cukup cabaran dalam pekerjaan saya; 3. Pekerjaan saya memberi kepuasan dalam pencapaian peribadi; 4. Saya merasai saya dilibatkan dalam pembuatan keputusan yang memberi kesan terhadap pekerjaan saya; dan 5. Saya mempunyai pilihan dalam menentukan bagaimana untuk melakukan tugas saya . 4.53. Perbandingan pencapaian nilai skor positif tahun 2018 dan 2015 bagi tema ini juga tidak menunjukkan perbezaan ketara bagi setiap soalan dan mengekalkan polar yang sama. Kajian mendapati majoriti pegawai awam menyukai pekerjaan mereka dengan skor positif 90.3% dengan peningkatan sebanyak 1.9%. Sementara itu, terdapat juga pegawai berpandangan bahawa mereka tidak dilibatkan dalam pembuatan keputusan yang melibatkan pekerjaan mereka. Perkara ini dapat dilihat dengan catatan nilai skor positif terendah iaitu 71.5%. Penjelasan terperinci adalah seperti di Rajah 4.27 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy