Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

79 a. Sumber Beban Kerja 4.53. Tema Sumber Beban Kerja adalah untuk mengukur persepsi pegawai mengenai elemen sokongan dalam melaksanakan tugas seperti maklumat diperlukan, objektif kerja, kemahiran dan beban kerja. Dapatan kajian IKPA 2018 menunjukkan tema ini mencatatkan hubungan yang sederhana dengan IKPA 2018 (0.62), penurunan sebanyak 0.03 berbanding tahun 2015. Sebanyak tujuh soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Dalam pekerjaan saya, saya jelas dengan apa yang diharapkan daripada saya; 2. Saya mendapat maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan kerja dengan baik; 3. Saya mempunyai objektif kerja yang jelas; 4. Saya mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan kerja secara berkesan; 5. Saya mempunyai peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja secara berkesan; 6. Saya mempunyai beban kerja yang boleh diterima; dan 7. Saya mencapai keseimbangan yang baik antara kehidupan kerja dan kehidupan peribadi saya. 4.54. Perbandingan pencapaian nilai skor positif tahun 2018 dan 2015 tidak menunjukkan perbezaan ketara bagi setiap soalan dan mengekalkan polar yang sama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pegawai jelas dengan objektif kerja yang hendak dijalankan dengan skor sebanyak 84.8%. Pada masa yang sama, pegawai berpandangan bahawa kekurangan peralatan memberi kesan kepada keberkesanan tugas dengan hanya merekodkan skor terendah iaitu 69.8%. Penjelasan terperinci adalah seperti di Rajah 4.26 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy