Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

76 vi. Mengikut Generasi 4.48. Rajah 4.24 memperincikan skor positif tema mengikut generasi. Perbandingan dapatan IKPA 2018 dan 2015 bagi tema Keterangkuman merekodkan nilai skor positif terendah merentasi generasi didahului oleh Generasi Y (72.8%). Di samping itu, penurunan yang signifikan bagi tema ini juga dicatatkan bagi Generasi X. Berdasarkan dapatan kajian, diandaikan bahawa pegawai di Generasi X dan Y mempunyai persepsi yang mana mereka perlu mendapat layanan lebih adil dan mendapat penghargaan yang sewajarnya di dalam organisasi. Rajah 4.24: Pencapaian Dan Perbandingan Skor Positif Mengikut Generasi Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy