Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

74 v. Mengikut Kumpulan Perkhidmatan 4.46. Dapatan IKPA 2018 menunjukkan Kumpulan Pengurusan dan Profesional merekodkan penurunan bagi tema Budaya Organisasi dan Pasukan Saya manakala tema Keterangkuman mencatatkan peningkatan yang minima berbanding tahun 2015. Trend ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pelaksana. Perkara ini perlu diteliti secara lebih mendalam kerana pegawai dalam kumpulan ini merupakan tulang belakang dalam menjayakan dasar-dasar Kerajaan. 4.47. Walaupun Kumpulan Pelaksana menunjukkan peningkatan bagi nilai skor positif pada tahun 2018, namun peratusan nilai bagi ketiga-tiga tema adalah yang terendah bagi kedua-dua tempoh penilaian. Oleh itu, masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi bagi meningkatkan nilai skor pada masa hadapan. Perincian bagi nilai skor positif mengikut kumpulan perkhidmatan adalah seperti di Rajah 4.23 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy