Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

72 iv. Mengikut Gender 4.43. Secara umumnya, nilai skor positif tahun 2018 menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding tahun 2015 bagi pegawai awam lelaki. Pegawai awam wanita turut menunjukkan peningkatan skor positif, namun dengan perbezaan peratusan skor yang lebih kecil. 4.44. Bagi kedua-dua tempoh penilaian, tema Pasukan Saya mencatatkan nilai skor positif tertinggi untuk pegawai awam lelaki dan pegawai awam wanita. Ini menunjukkan secara keseluruhannya pegawai berpuas hati dengan pasukan kerja dan berpandangan bahawa kerjasama berpasukan boleh dipercayai untuk menyelesaikan kesukaran di dalam tugas. Ini boleh diandaikan kerja berpasukan membantu dalam membangunkan cara kerja yang baharu demi menambah baik perkhidmatan yang diberikan. 4.45. Tema Keterangkuman memperoleh nilai skor positif terendah bagi pegawai awam wanita pada IKPA 2018. Walaupun, peratusan nilai skor positif menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2015 namun dengan kenaikan yang minima (0.2%). Dapatan ini boleh diandaikan organisasi perlu memberi layanan yang lebih saksama khususnya kepada pegawai awam wanita. Perincian bagi nilai skor positif mengikut gender adalah seperti di Rajah 4.22 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy