Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

70 iii. Mengikut Lokasi Pegawai Bertugas 4.38. Berdasarkan kajian IKPA 2018, sembilan lokasi pegawai bertugas mencatatkan peningkatan nilai skor positif berbanding tahun 2015, didahului oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya. Lokasi tersebut juga mencatatkan peningkatan yang signifikan bagi ketiga-tiga tema berbanding tahun 2015. 4.39. Namun begitu, Perlis dengan nilai skor positif 81.5% mencatatkan pencapaian tertinggi bagi tema Budaya Organisasi berbanding lokasi-lokasi lain. Dapatan ini boleh ditafsirkan dengan tahap persepsi dan kepercayaan pegawai yang semakin meningkat terhadap sokongan pegawai penyelia dalam melaksanakan tugas. 4.40. Semua lokasi bertugas mencatatkan nilai skor positif bagi tema Pasukan Saya melebihi 80.0% dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan pencapaian terendah sebanyak 81.5% dan Perlis merekodkan pencapaian tertinggi sebanyak 86.4%. Peningkatan positif ini menunjukkan pegawai mempunyai persepsi bahawa tugas dan tanggungjawab lebih wajar dilaksanakan secara berpasukan. 4.41. Bagi tema Keterangkuman, Perlis adalah satu-satunya lokasi bertugas yang mencatatkan nilai skor positif melebihi 80.0%. Ini menunjukkan pegawai yang bertugas di Perlis merasakan bahawa mereka mendapat layanan sewajarnya dan dihormati oleh warga organisasi. 4.42. Penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk negeri Kelantan dan Johor bagi ketiga-tiga tema kerana menunjukkan penurunan nilai skor positif berbanding tahun 2015. Perincian bagi nilai skor positif mengikut lokasi pegawai bertugas adalah seperti di Rajah 4.21 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy