Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

64 c. Keterangkuman 4.34. Tema Keterangkuman merujuk kepada perasaan dihargai dan dihormati sama ada oleh pegawai penyelia atau rakan sekerja. Dapatan kajian IKPA 2018 menunjukkan tema ini mencatatkan hubungan yang sederhana (0.61) dengan penurunan sebanyak 0.02 berbanding tahun 2015. Empat soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Saya dilayan dengan adil di tempat kerja; 2. Saya dilayan dengan hormat oleh rakan sekerja; 3. Saya dihargai dengan kerja yang saya lakukan; dan 4. Saya fikir organisasi saya menghormati perbezaan individu (contohnya budaya, gaya kerja, latar belakang, idea-idea dan lain-lain. 4.35. Nilai skor positif bagi setiap soalan pada tahun 2018 adalah seperti di Rajah 4.18. Secara umumnya skor yang diperoleh untuk tema ini adalah antara 73.5% sehingga 81.1% dan menunjukkan peningkatan antara 1.4% hingga 3.0% berbanding tahun 2015. Dapatan ini menunjukkan bahawa pegawai- pegawai mempunyai hubungan yang baik, wujud perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan rasa dihargai di tempat kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy