Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

62 b. Pasukan Saya 4.32. Tema Pasukan Saya mengukur persepsi pegawai dalam melaksanakan kerja secara berpasukan. Dapatan kajian IKPA 2018 menunjukkan tema ini mencatatkan hubungan yang lemah (0.49) dengan penurunan sebanyak 0.05 berbanding tahun 2015. Tiga soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Ahli pasukan saya boleh dipercayai untuk membantu apabila saya menghadapi kesukaran dalam tugas; 2. Ahli pasukan saya bekerjasama mencari jalan untuk meningkatkan perkhidmatan yang kami berikan; dan 3. Ahli pasukan saya digalakkan untuk membangunkan cara kerja yang baharu dan lebih baik. 4.33. Nilai skor positif bagi setiap soalan pada tahun 2018 adalah seperti di Rajah 4.17. Secara umumnya skor yang diperoleh untuk tema ini adalah antara 82.9% sehingga 83.9% dan menunjukkan peningkatan antara 2.3% hingga 2.5% berbanding tahun 2015. Dapatan ini menunjukkan semangat kerja berpasukan semakin meningkat di kalangan pegawai ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy