Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

60 a. Budaya Organisasi 4.29. Tema Budaya Organisasi mengukur persepsi pegawai terhadap tahap kepercayaan dan sokongan pegawai penyelia dalam melaksanakan tugas. Dapatan kajian IKPA 2018 menunjukkan tema ini mencatatkan hubungan yang sederhana (0.68) dengan penurunan sebanyak 0.02 berbanding tahun 2015. Lima soalan dikemukakan di bawah tema ini seperti berikut: 1. Saya diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas saya dengan berkesan; 2. Saya percaya saya akan disokong jika mencuba idea baharu, walaupun ia mungkin tidak berkesan; 3. Prestasi saya dinilai berdasarkan tugas yang saya selesaikan dan bukan berdasarkan keupayaan pematuhan proses dan prosedur sahaja; 4. Apabila saya bercakap mengenai organisasi saya, saya merujuk "kita" dan bukan "mereka"; dan 5. Saya mempunyai hubungan persahabatan yang baik di tempat kerja. 4.30. Nilai skor positif bagi setiap soalan pada tahun 2018 adalah seperti di Rajah 4.16. Secara umumnya skor yang diperoleh untuk tema Budaya Organisasi adalah antara 85.7% sehingga 66.2% dan menunjukkan peningkatan antara 1.5% hingga 3.2% berbanding tahun 2015. Dapatan ini menunjukkan peningkatan positif budaya organisasi dalam perkhidmatan awam terutamanya hubungan persahabatan di tempat kerja dan kepercayaan yang diberi oleh penyelia terhadap pegawai-pegawainya. 4.31. Dalam pada itu pegawai merasakan bahawa kurang mendapat sokongan daripada pegawai penyelianya untuk mencuba idea-idea baharu dalam melaksanakan tugas memandangkan skor positif yang dicapai hanyalah 63.0% berbanding soalan-soalan lain. Bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan awam, sudah tiba masanya para pegawai diberi kebebasan untuk melaksanakan idea-idea baharu yang bernas demi manfaat organisasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy