Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

57 vi. Mengikut Orang Kurang Upaya (OKU) 4.26. Berdasarkan Rajah 4.15 , tiada perbezaan yang signifikan direkodkan pada tahun 2018 untuk ketiga-tiga tema bagi OKU berbanding 2015. Penurunan nilai skor positif direkodkan bagi tema Ketua Saya pada tahun 2018. Walaupun tema Kepimpinan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.8%, namun nilai skor bagi tema ini adalah yang terendah berbanding dua tema yang lain. 4.27. Dapatan kajian IKPA 2018 bagi tema Kepimpinan di bawah Kluster Kepimpinan merekodkan peningkatan bagi kesemua elemen demografi kajian berbanding tahun 2015. Penemuan ini membuktikan bahawa terdapat penambahbaikan dalam organisasi bagi meningkatkan keberkesanan kepimpinan Perkhidmatan Awam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy