Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

55 v. Mengikut Generasi 4.25. Rajah 4.14 menunjukkan perbezaan dan skor positif bagi Kluster Kepimpinan mengikut generasi. Dapatan tahun 2018 menunjukkan tema Hala Tuju merekodkan skor tertinggi diikuti dengan tema Ketua Saya dan tema Kepimpinan merentasi generasi. Trend ini mempunyai persamaan dengan pencapaian skor positif tahun 2015. Jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2015, peningkatan skor positif tertinggi adalah pada tema Kepimpinan diikuti dengan tema Hala Tuju bagi Generasi X dan Y. Bagi Generasi Baby Boomers pula menunjukkan peningkatan tertinggi pada tema Kepimpinan diikuti dengan Ketua Saya. Walau bagaimanapun, dapatan kajian untuk dua tahun berturut-turut didapati tema Kepimpinan mendapat skor terendah berbanding tema-tema lain. Oleh itu, tema ini perlu diberi perhatian oleh semua kementerian .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy