Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

53 iv. Mengikut Kumpulan Perkhidmatan 4.23. Perbandingan skor positif pada tahun 2018 dan tahun 2015 berdasarkan kumpulan perkhidmatan menunjukkan menunjukkan peningkatan tertinggi bagi ketiga-tiga tema dipelopori oleh Kumpulan Pengurusan Tertinggi diikuti dengan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Perbezaan tersebut boleh dilihat di Rajah 4.13 . Peningkatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana menunjukkan trend yang sama di mana skor tertinggi ialah tema Kepimpinan diikuti dengan Hala Tuju dan Ketua Saya. 4.24. Bagi tahun 2018, nilai skor tertinggi bagi Kluster Kepimpinan ialah tema Hala Tuju, diikuti dengan tema Ketua Saya dan Kepimpinan. Trend ini menunjukkan persamaan merentasi semua kumpulan perkhidmatan. Berdasarkan dapatan ini, tema Kepimpinan yang meliputi hubungan antara pegawai dengan penyelia serta keupayaan organisasi menguruskan perubahan dengan efektif perlu diberi lebih perhatian memandangkan kekal mendapat skor terendah bagi dua tahun berturut-turut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy