Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

51 iii. Mengikut Gender 4.21. Pencapaian nilai skor mengikut gender pula menunjukkan pegawai awam lelaki memperoleh skor lebih tinggi berbanding pegawai awam wanita bagi ketiga-tiga tema. Walaupun memperoleh skor berbeza, ia menunjukkan persamaan daripada sudut tema di mana skor tertinggi ialah tema hala tuju, diikuti dengan tema ketua saya dan di akhiri dengan tema kepimpinan. 4.22. Jika dibandingkan dengan skor diperoleh pada tahun 2015, peningkatan nilai lebih ketara pada pegawai awam lelaki berbanding pegawai awam wanita meliputi ketiga-tiga tema. Dapatan ini menunjukkan bahawa lelaki lebih yakin dengan pihak pengurusan dan keupayaannya menguruskan perubahan dengan efektif di dalam organisasi, lebih jelas mengenai hala tuju dan objektif organisasi dan memiliki persepsi yang lebih positif terhadap penyelianya. Prestasi pencapaian mengikut lokasi pegawai berkhidmat pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Kepimpinan adalah seperti di Rajah 4.12 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy