Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

47 ii. Mengikut Klasifikasi Perkhidmatan 4.19. Dapatan kajian berdasarkan klasifikasi perkhidmatan menunjukkan bahawa sembilan perkhidmatan mencapai nilai skor melebihi 70%, didahului dengan Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran dengan 79.6% di bawah tema Kepimpinan. Bagi tema Hala Tuju, skor tertinggi dicatatkan oleh Klasifikasi Perkhidmatan Pencegahan (89.7%) manakala Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran (81.5%) mencatatkan skor tertinggi bagi tema Ketua Saya. 12 daripada 19 klasifikasi perkhidmatan menunjukkan peningkatan bagi ketiga- tiga tema dan tiga klasifikasi perkhidmatan yang menyaksikan penurunan berbanding tahun 2015 ialah Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan, Klasifikasi Perkhidmatan Pengangkutan dan Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. Manakala empat klasifikasi perkhidmatan iaitu Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat, Klasifikasi Perkhidmatan Sains, Klasifikasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan dan Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran mengalami penurunan salah satu daripada tiga tema di bawah Kluster Kepimpinan. Prestasi pencapaian mengikut klasifikasi perkhidmatan pada tahun 2018 dan perbandingan dengan tahun 2015 bagi Kluster Kepimpinan adalah seperti di Rajah 4.10 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy