Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

43 c. Ketua Saya 4.16. Tema Ketua Saya merujuk kepada persepsi seorang pegawai terhadap penyelianya. Secara keseluruhan, tema ini mencatatkan hubungan yang sederhana dengan IKPA dengan nilai 0.61. Terdapat sepuluh soalan yang dikemukakan dalam tema ini seperti berikut: 1. Ketua saya memberi motivasi untuk saya melaksanakan tugas dengan lebih berkesan; 2. Ketua saya bertimbang rasa dengan kehidupan saya di luar tugas rasmi; 3. Ketua saya berfikiran terbuka dengan idea saya; 4. Ketua saya membantu saya memahami bagaimana saya menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi saya; 5. Secara keseluruhan, saya yakin dengan keputusan yang dibuat oleh ketua saya; 6. Ketua saya memberi penghargaan apabila saya melakukan tugas dengan baik; 7. Saya menerima maklum balas mengenai prestasi saya dari semasa ke semasa; 8. Maklum balas yang diterima membantu saya meningkatkan prestasi; 9. Saya berpandangan prestasi saya dinilai dengan adil; dan 10. Prestasi rendah dalam pasukan kerja saya diurus secara berkesan. 4.17. Secara umumnya skor yang diperoleh bagi tahun 2018 menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2015 dengan skor antara 67.3% hingga 77.1%. Dapatan ini menunjukkan bahawa pegawai memiliki persepsi yang positif terhadap penyelianya kerana para penyelia mampu memberikan motivasi, bertimbang rasa dan sedia membantu untuk meningkatkan prestasi. Namun begitu masih terdapat ruang penambahbaikan dengan menumpukan perhatian terhadap pengurusan pegawai berprestasi rendah yang lebih efektif dan penyampaian maklum balas yang lebih kerap kepada pegawai untuk memperbaiki prestasi. Pencapaian dan perbandingan skor di bawah tema ini adalah seperti di Rajah 4.8.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy