Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

41 b. Hala Tuju 4.14. Tema Hala Tuju merujuk kepada sejauh mana pegawai memahami objektif dan hala tuju organisasi dan sumbangannya ke arah pencapaian objektif organisasi. Tema ini mencatatkan hubungan yang lemah dengan IKPA dengan nilai 0.50. Terdapat tiga soalan yang dikemukakan bagi mengukur tema ini iaitu: 1. Saya mempunyai kefahaman yang jelas mengenai hala tuju organisasi; 2. Saya mempunyai kefahaman yang jelas mengenai objektif organisasi; dan 3. Saya faham bagaimana pekerjaan saya menyumbang kepada objektif organisasi saya. 4.15. Skor diperoleh daripada ketiga-tiga soalan adalah tinggi iaitu antara 84.7% hingga 88.5% dan menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2015. Ini menunjukkan bahawa pegawai-pegawai memiliki kefahaman yang jelas mengenai hala tuju dan objektif organisasi serta merasakan bahawa tugas yang dilaksanakan selari dengan objektif organisasi yang telah ditetapkan. Kefahaman yang jelas mengenai hala tuju dan objektif organisasi amat perlu supaya tugas yang dilaksanakan mampu mencapai sasaran ditetapkan dengan penghasilan produktiviti yang tinggi. Pencapaian dan perbandingan skor di bawah tema ini adalah seperti di Rajah 4.7 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy