Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

39 a. Kepimpinan 4.11. Tema Kepimpinan adalah untuk mengukur hubungan antara penjawat awam dengan pengurusan kanan dan keupayaan organisasi menguruskan perubahan dengan efektif. Tema ini merupakan pemacu keterlibatan yang menunjukkan hubungan sederhana dengan IKPA dengan nilai 0.68. Terdapat sepuluh soalan yang dikemukakan bagi mengukur tema ini iaitu: 1. Saya rasa organisasi saya secara keseluruhannya diurus dengan baik; 2. Kehadiran pegawai kanan dalam organisasi saya cukup dirasai; 3. Saya percaya tindakan pegawai kanan adalah konsisten dengan nilai- nilai organisasi saya; 4. Saya percaya pihak pengurusan tertinggi mempunyai visi yang jelas untuk masa depan organisasi saya; 5. Secara keseluruhan, saya yakin dengan keputusan yang dibuat oleh pegawai kanan dalam organisasi saya; 6. Saya rasa perubahan dalam organisasi saya diurus dengan baik; 7. Apabila perubahan dibuat dalam organisasi saya, kebiasaannya ia adalah untuk kebaikan; 8. Organisasi saya sentiasa memaklumkan mengenai perkara yang melibatkan diri saya; 9. Saya mempunyai peluang untuk mengemukakan pendapat sebelum sesuatu keputusan yang melibatkan diri saya dibuat; dan 10. Saya berpandangan adalah selamat untuk mempersoalkan cara sesuatu perkara diuruskan dalam organisasi saya. 4.12. Nilai skor positif bagi setiap soalan bagi tahun 2018 adalah seperti di Rajah 4.6 . Secara umumnya skor yang diperoleh untuk tema Kepimpinan adalah antara 65.6% sehingga 75.6% dan menunjukkan peningkatan antara 2.6% hingga 3.7% berbanding tahun 2015. Dapatan ini membuktikan bahawa: a) kepimpinan dalam perkhidmatan awam semakin diterima baik oleh pegawai perkhidmatan awam; dan b) organisasi berupaya menguruskan perubahan dengan lebih efektif.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy