Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

31 INDEKS KETERLIBATAN MENGIKUT GENERASI 3.17 Berdasarkan nilai indeks keterlibatan mengikut generasi seperti di Rajah 3.8 , terdapat peningkatan positif dalam keterlibatan penjawat awam dalam ketiga- tiga generasi. Diperhatikan, nilai IKPA Generasi Baby Boomers dan Generasi X telah melepasi nilai IKPA 2018. Manakala bagi Generasi Y, walaupun hasil analisis menunjukkan peningkatan tertinggi sebanyak 3.1%, namun nilai IKPA yang tercatat masih di bawah paras nilai IKPA 2018. 3.18 Diperhatikan Generasi Y mencatatkan nilai IKPA terendah berbanding Generasi X dan Generasi Baby Boomers . Walau bagaimanapun, Generasi Y menunjukkan peningkatan tertinggi berbanding nilai IKPA 2015. Berdasarkan laporan oleh Prossack (2018), ditegaskan bahawa peningkatan nilai indeks keterlibatan pegawai dalam generasi Y adalah berikutan keterbukaan organisasi untuk melaksanakan pengatur cara kerja seimbang dan peningkatan penggunaan peranti digital yang selari dengan cara hidup terkini yang didominasikan oleh Generasi Y. Rajah 3.8: Pencapaian Dan Perbandingan Nilai IKPA Mengikut Generasi Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy