Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

30 INDEKS KETERLIBATAN MENGIKUT KUMPULAN PERKHIDMATAN 3.15 Dapatan kajian IKPA 2018 seperti di Rajah 3.7 menunjukkan terdapat peningkatan indeks keterlibatan bagi semua kumpulan perkhidmatan. Peningkatan tertinggi sebanyak 2.3% direkodkan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan nilai 83.4%. Peningkatan sebanyak 0.9% dicatatkan bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana yang masing-masing mencatatkan 72.8% dan 71.4%. Namun begitu, nilai IKPA Kumpulan Pelaksana lebih rendah berbanding nilai IKPA 2018. Rajah 3.7: Pencapaian Dan Perbandingan Nilai IKPA Mengikut Kumpulan Perkhidmatan Tahun 2018 Dan 2015 3.16 Keputusan ini selari dengan hasil analisis laporan Global Employee Engagement Rebounds in 2018 oleh Aon Plc. 2 yang menyatakan bahawa pegawai yang menjawat jawatan tertinggi dalam sesebuah organisasi atau Kerajaan memiliki keterlibatan yang paling tinggi disebabkan oleh kestabilan mereka dalam aspek kerjaya, ganjaran dan kuasa. 2 Aon Plc. merupakan sebuah firma antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan perundingan risiko persaraan dan kesihatan yang beroperasi di 120 buah negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy