Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

26 INDEKS KETERLIBATAN MENGIKUT KLASIFIKASI PERKHIDMATAN 3.9 Berdasarkan analisis data nilai indeks keterlibatan mengikut klasifikasi perkhidmatan, perbezaan dan nilai IKPA yang diperoleh bagi 19 klasifikasi perkhidmatan yang dinilai ditunjukkan melalui Rajah 3.4 . Sebanyak 15 klasifikasi perkhidmatan telah menunjukkan peningkatan nilai indeks. Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan mempamerkan peningkatan tertinggi diikuti oleh Klasifikasi Perkhidmatan Keselamatan dan Klasifikasi Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim. Manakala, secara perbandingan tahun 2015 dan 2018, data yang sama telah menunjukkan sebanyak tiga klasifikasi perkhidmatan mengalami trend penurunan iaitu Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan, Klasifikasi Perkhidmatan Pengangkutan dan Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni. 3.10 Sebanyak sembilan klasifikasi perkhidmatan yang mencatatkan nilai IKPA melebihi nilai IKPA 2018 (71.9%). Klasifikasi Perkhidmatan Pengangkutan mendahului klasifikasi perkhidmatan lain dengan nilai 74.4%. Walau bagaimanapun perkhidmatan ini menunjukkan penurunan nilai sebanyak 0.8% berbanding tahun 2015. 3.11 Dalam pada itu, 10 klasifikasi perkhidmatan mencatatkan nilai IKPA lebih rendah berbanding nilai IKPA 2018. Klasifikasi Perkhidmatan Penguatkuasaan Maritim mencatatkan nilai IKPA terendah iaitu 68.0%. Walau bagaimanapun, nilai tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 3.3% berbanding 64.7% pada tahun 2015. Peningkatan ini adalah ketiga tertinggi bagi klasifikasi perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy