Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

24 INDEKS KETERLIBATAN MENGIKUT KEMENTERIAN 3.5 Rajah 3.3 menunjukkan perbezaan dan nilai IKPA yang diperoleh bagi 25 Kementerian pada tahun 2018 dan 2015. Sebanyak 18 kementerian menunjukkan peningkatan indeks didahului oleh KLN, KKR dan KDN berbanding kajian pada tahun 2015. Walau bagaimanapun didapati lima kementerian menunjukkan trend penurunan iaitu MOT, MOTAC, MINDEF, KPM dan KPDNKK. Manakala MITI mengekalkan nilai IKPA iaitu sebanyak 70.1%. 3.6 KPWKM menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 31.1% berbanding tahun 2015. Kementerian ini telah melakukan lonjakan indeks yang signifikan dari 38.7% pada tahun 2015 kepada 69.8% pada tahun 2018 dalam masa tiga tahun. Dapatan ini menunjukkan terdapat penambahbaikan dan perubahan positif yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan KPWKM dan agensi di bawahnya sehingga memberi kesan positif kepada indeks keterlibatan secara keseluruhannya. 3.7 Sebanyak 11 kementerian mencatatkan nilai IKPA melebihi nilai IKPA 2018 (71.9%) didahului oleh KPKT (75.0%). Kementerian ini menunjukkan pencapaian yang konsisten dengan mengekalkan prestasi melebihi IKPA tahun dinilai. Pada tahun 2015, KPKT mencatatkan nilai 71.4% berbanding nilai IKPA 2015 (69.8%). 3.8 Dalam pada itu, 14 kementerian mencatatkan nilai IKPA lebih rendah berbanding nilai IKPA 2018. MPIC mencatatkan nilai IKPA terendah iaitu 65.2%. Walau bagaimanapun, nilai tersebut merupakan peningkatan sebanyak 1.8% berbanding tahun 2015.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy