Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

23 SKOR ATRIBUT IKPA 2018 3.3 Nilai IKPA 2018 mengukur penghasilan emosi pegawai awam berdasarkan lima atribut iaitu Kebanggan, Perakuan, Keterikatan, Inspirasi dan Motivasi . Sebagai contoh, soalan pada atribut perakuan boleh menghasilkan respons “tidak mencadangkan organisasi tempat bekerja sebagai t empat yang hebat untuk bekerja”, tetapi ia tidak menyatakan bagaimana untuk menjadikan organisasi tersebut sebagai tempat yang hebat untuk bekerja. 3.4 Skor kelima-lima atribut tahun 2018 menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun 2015. Atribut Motivasi mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 3.2% manakala atribut Kebanggaan merekodkan peningkatan terendah iaitu 2.2%. Namun begitu skor atribut Kebanggaan mendapat skor tertinggi dengan skor 77.4% diikuti atribut Perakuan dengan skor 76.4%. Butiran terperinci perbezaan skor atribut IKPA adalah seperti di Rajah 3.2 . Rajah 3.2: Pencapaian Dan Perbandingan Skor Atribut IKPA Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy