Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

19 KADAR RESPONS MENGIKUT GENERASI 2.9 Bagi kajian tahun 2018, kadar respons bagi Generasi Y iaitu pegawai awam dalam lingkungan umur 18 - 38 tahun mencatatkan peratusan responden paling tinggi (45.0%). Ini diikuti dengan kadar respons pegawai dari Generasi X (39 - 53 tahun) sebanyak 42.8% manakala pegawai dari Generasi Baby Boomers (54 tahun dan ke atas) mencatatkan peratusan responden paling rendah (12.2%). Taburan responden mengikut generasi diterangkan dalam Rajah 2.5 . 2.10 Dari segi perbandingan tahun 2018 dan 2015, jumlah responden mengikut generasi ini telah menunjukkan bahawa peningkatan tertinggi ialah bagi responden dalam generasi X iaitu melebihi sekali ganda (108.4%) berbanding peningkatan sebanyak 42.7% bagi responden dalam generasi Y. Manakala peningkatan bilangan responden dalam generasi Baby Boomers (41.4%) hanya berbeza - 1.3% berbanding peningkatan responden bagi generasi Y. Rajah 2.5: Kadar Respons Mengikut Generasi Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy