Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

15 KADAR RESPONS MENGIKUT LOKASI PEGAWAI BERTUGAS 2.5 Kajian ini melibatkan responden yang bertugas di seluruh Malaysia termasuk mereka yang bertugas di pejabat kedutaan luar negara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah responden tertinggi mengikut negeri didahului oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (12%) diikuti oleh Sarawak (11.8%) dan Selangor (10.6%). Ia turut menunjukkan peningkatan penyertaan pegawai di ketiga-tiga buah negeri tersebut seperti dinyatakan di Rajah 2.2 berbanding tahun 2015. Respons yang tinggi dari Putrajaya dipengaruhi oleh faktor kedudukan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 2.6 Bagi pegawai yang berkhidmat di luar negara, sebanyak 309 orang responden telah memberi maklum balas, peningkatan sebanyak 0.2% berbanding tahun 2015. Kadar respons berdasarkan lokasi pegawai bertugas adalah seperti di Rajah 2.2 .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy