Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

11 KADAR RESPONS 25 KEMENTERIAN 2.1 Kajian ini telah berjaya mencapai kadar respons sebanyak 89.1% (262,251 orang). Kutipan data telah dijalankan pada 15 Mac hingga 30 April 2018 secara atas talian. Kadar respons IKPA 2018 lebih tinggi berbanding kadar respons tahun 2015 yang hanya mencapai sebanyak 60% (159,364 orang). Bilangan responden mengikut kementerian adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2.1. 2.2 Menurut Baruch dan Holtom (2008), sesebuah kajian penyelidikan yang menggunakan soal selidik amat jarang mencapai kadar respons yang amat tinggi. Ini disebabkan oleh penyelidikan itu sendiri bersifat sukarela dan tidak ada kaedah untuk memaksa pegawai menjawab soal selidik kecuali dalam keadaan persekitaran yang tertutup atau bilik kuliah. Menurut Fryrear (2015), walaupun kadar respons yang tinggi ialah 80% , kadar respons 30% hingga 40% bagi soal selidik dalaman dan 10% hingga 15% bagi kadar respons luaran adalah fenomena biasa dalam bidang penyelidikan. 2.3 Faktor yang mempengaruhi kadar respons ialah seperti berikut: a) Kesetiaan responden atau pelanggan; b) Jenama sesebuah organisasi; c) Keuntungan yang dijangka akan diperoleh; d) Demografi; dan e) Sebaran soal selidik. BAB 2 PENYERTAAN RESPONDEN

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy