Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

10 SKOP DAN KEKANGAN KAJIAN 1.17 Bilangan pegawai awam sehingga Mac 2018 berjumlah 1.6 juta. Namun begitu, bagi tujuan skop kajian, bilangan populasi pegawai awam menjurus kepada kementerian dan agensi persekutuan dengan populasi sebanyak 294,412 orang. Ini mengambil kira faktor kekangan seperti sumber peruntukan yang terhad, liputan geografi dan jangka masa kajian. 1.18 Kajian ini telah dilaksanakan selama 10 bulan bermula Mac hingga Disember 2018. Proses pengumpulan data mengambil masa selama satu setengah bulan mulai Mac hingga April melibatkan seramai 262,251 orang pegawai daripada 25 buah kementerian merangkumi 220 buah jabatan/agensi. Kajian IKPA 2018 tidak melibatkan pegawai awam dalam kategori berikut: a) Badan-badan Berkanun; b) Institusi Persekolahan; c) Institusi Perubatan seperti hospital dan klinik; d) Angkatan Tentera Malaysia; e) Polis Diraja Malaysia; dan f) Pihak Berkuasa Tempatan. KAEDAH PENGUMPULAN DATA 1.19 Kajian telah dijalankan secara atas talian ( online ). Bagi memastikan kejayaan kajian, pemantauan dilaksanakan pada setiap minggu oleh pegawai perhubungan JPA dengan kerjasama pengurus sumber manusia di kementerian/jabatan bagi memastikan kadar respons minimum yang ditetapkan (60%) dapat dicapai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy