Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

9 1.16 Bagi setiap responden, satu nilai keterlibatan dikira sebagai skor purata merentasi semua lima soalan di mana “Sangat Tidak Setuju ” diberi nilai 0, “Tidak Setuju ” bersamaan 25, “Sama Ada Bersetuju Atau Tidak” bersamaan 50, “Setuju” bersamaan 75 dan “Sangat Setuju” bersamaan 100. Indeks keterlibatan kemudian dikira sebagai purata skor keterlibatan untuk sesuatu organisasi atau kumpulan. Dalam pendekatan ini suatu skor 100 bererti semua responden dalam suatu organisasi sangat bersetuju kepada semua lima soalan, manakala skor 0 pula bermaksud semua responden dalam organisasi atau kumpulan menjawab sangat tidak setuju kepada semua lima soalan. Kaedah pengiraan IKPA seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.4. Rajah 1.4: Kaedah Pengiraan IKPA Jumlah skor keterlibatan pegawai: (65+25+70+35+50+100+90+40+20+35) = 530 Skor keterlibatan responden (jumlah/10) = 53%

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy