Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

136 5.39 Berdasarkan Jadual 5.5 , didapati bahawa pegawai awam OKU lelaki kurang berpuas hati dengan persekitaran kerja sedia ada. Ini berdasarkan penurunan nilai skor antara 0.2% hingga 2.7% yang dicatatkan bagi tema Budaya Organisasi, Pasukan Saya dan Keterangkuman. Golongan OKU perempuan juga merekodkan penurunan nilai skor bagi tema Pasukan Saya (-0.3%) dan tema Keterangkuman (-4.5%). 5.40 Berdasarkan analisis dapatan kajian mengenai golongan OKU, secara amnya golongan OKU lelaki menunjukkan penurunan pada beberapa tema. Namun begitu, pencapaian pada kesemua kluster tema bagi golongan OKU wanita masih di tahap rendah berbanding OKU lelaki. Ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan perlu memberi tumpuan kepada OKU wanita khususnya yang melibatkan tema Kepimpinan, Ketua Saya, Pembelajaran, Gaji, Transformasi dan Mengambil Tindakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy