Indeks Keterlibatan Penjawat Awam (IKPA) Perkhidmatan Awam Persekutuan

135 Tumpuan Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) 5.37 Golongan OKU juga diberi peluang dalam Perkhidmatan Awam. Dalam memastikan keterlibatan golongan tersebut diambil kira, kajian ini turut melibatkan seramai 2,708 responden peningkatan sebanyak 76.5% berbanding tahun 2015. Jumlah responden OKU yang terlibat dalam kajian kali ini merangkumi 80.4% daripada jumlah keseluruhan golongan OKU yang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Persekutuan seramai 3,367 orang. 5.38 Berdasarkan analisis dalam Jadual 5.4 , di dapati bahawa terdapat penurunan bagi atribut Kebanggaan, Perakuan, Keterikatan, dan Motivasi dengan julat antara 0.7% hingga 1.5% bagi pegawai awam OKU lelaki. Pemerhatian tersebut menunjukkan bahawa perhatian dan usaha yang lebih perlu diberi kepada OKU lelaki bagi memastikan trend penurunan tidak berterusan pada masa hadapan. Sementara itu, bagi pegawai awam OKU perempuan pula setiap atribut menunjukkan peningkatan antara 1.5% hingga 4.1% didahului dengan atribut Inspirasi. Walau bagaimanapun penekanan perlu dipertingkatkan bagi atribut Keterikatan dan Motivasi memandangkan pencapaian yang direkodkan masih di bawah IKPA 2018. Usaha-usaha penambahbaikan adalah perlu bagi memastikan sasaran 75.0% yang ditetapkan bagi kajian IKPA 2020 tercapai. Jadual 5.4: Pencapaian Dan Perbandingan Skor Atribut Mengikut Gender Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Tahun 2018 Dan 2015

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy